Instagram
  • Home
  • Tips
  • Keusahawanan
    • Maksud
    • Tokoh
    • Ciri - Ciri

Medeliav

 



Apabila disebut mengenai tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia, pasti semua membayangkan Tan Sri Tony Fernandes, Robert Kuok, Ananda Krisnan, Steve Jobs dan ramai lagi. Kebanyakkan nama-nama ini sudah sering kali disebut dan sudah umum kenali. Namun, kali ini saya akan membincangkan tokoh-tokoh yang berlainan bidang untuk dikongsikan kepada semua.


SIAPAKAH TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA ?


1. TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARI ( USAHAWAN BUMIPUTERA )

     Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawan Melayu ini, nama yang cukup besar dalam bidang keusahawanan. Namanya acap kali disebut dan menjadi role model bagi generasi Y, malahan nama beliau turut disebut di dalam buku-buku akademik tertutamanya buku yang berkaitan dengan keusahawanan. Setakat tahun 2014, nilai asetnya mencecah RM 11.07 bilion dan pada masa itu, beliau merupakan orang ke-6 terkaya di Malaysia.

Ringkasan latar belakang:

  • Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari
  • Tahun dilahirkan : 1951
  • Tempat lahir : Alor Setar, Kedah
  • Anak : Anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik
  • Hijrah : Berumur 9 tahun ketika beliau terpaksa mengikut bapa saudaranya ke Johor Bharu dan pulang semula ke Alor Setar pada umur 15 tahun.
  • Pendidikan : Tamat tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal's
     Beliau memulakan pengembaraan sebagai seorang usahawan pada tahun 1970 dengan menjual daging. Kemudian pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A. Seterusnya, dengan bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA, beliau membeli 2 buah lori Mercedes 911LS dan memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas. Terlalu banyak cabang industri dan syarikat yang telah berjaya ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Berikut merupakan gambar bidang atau industri yang diceburi beliau.


     Secara kesimpulan, apa yang saya lihat dalam diri beliau dapat rumuskan dimana beliau merupakan seorang individu yang : 

1. Mampu melihat peluang untuk menjalankan perniagaan
2. Mempunyai daya pemikiran yang kritikal (critical thinking)
3. Tidak mudah putus asa
4. Membantu masyarakat dalam menyumbang kepada aspek tanggungjawab sosial


2. SAIFUL NANG ( USAHAWAN FOTOGRAFI )

     Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air mahupun orang berada atau orang luar negara menggunakan khidmat beliau. Saya amat mengagumi prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan. Hasil kerja beliau menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar. 

     Beliau yang berasal daripada keluarga miskin mula melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Walaupun baru berusia 37 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat, mempunyai penjenamaan sendiri dan mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan mengembangkannya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Syarikat fotografi yang ditubuhkan beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan luar negara. Setakat ini, lebih 30,000 orang jurufoto yang sudah beliau didik di dalam bidang ini. 

Latar Belakang Saiful Nang :


  • Nama Komersial : Saiful Nang
  • Tahun Lahir : 1978
  • Anak : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik
  • Pendidikan : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa (UK), B. Sc (Media) (Hons) Film & Animation (MMU)
  • Nama Syarikat : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)
  • Jenama : CandidSyndrome
  • Nama Akademi : Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder & Principle), Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Founder), Sekolah Menengah & Rendah Akademi Insan Prihatin (Pengetua), OMG Creative Sdn Bhd (Presiden)
  • Anugerah & Penghormatan:
Pemenang Canon PhotoMarathon 2007
Penerima Sijil Profesional Photographer Apparentice Certificate (PPAC)
Jurufoto Diraja bagi Sultan Brunei Darussalam
Jurufoto Diraja untuk KDYMM Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra, Kelantan
20 orang paling berjaya usahawan kreatif - Dewan Ekonomi Malaysia 2009.

     Syarikat yang Saiful Nang tubuhkan kini bertaraf antarabangsa kerana dia mempunyai CandidSyndrome Malaysia dan CandidSyndrome Brunei. Di bawah ini saya ada sediakan beberapa gambar hasil tangan beliau bersama rakan-rakan beliau. 

Sumber daripada official Facebook : http://facebook.com/SaifulNang



Gambar 1 : Gambar Pre-Wedding Selebriti Awal & Scha Alyahya



Gambar 2 : Gambar Pre-Wedding Angkasawan Negara Datuk Dr. Syeikh Muszaphar & Dr. Halina


     Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah seorang insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan. Individu seperti Saiful Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. Saya juga seorang yang meminati bidang fotografi, dan saya juga sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Saya sentiasa melihat hasil kerja beliau yang sangat cantik dan mempunyai jalan cerita yang perlu kita fahami. Saya juga tertarik dengan ayat yang beliau pernah keluarkan di dalam satu temu bual untuk majalah Niaga dimana beliau berkata "Minat adalah faktor yang paling penting untuk berjaya". Saya fikirkan semula kata-kata beliau dan saya bersetuju kerana sekiranya kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan namun tiada minat, ibaratnya seperti kita membuat sesuatu tanpa perasaan. Tindakan dan usaha yang seiring dengan minat pasti akan melahirkan satu hasil kerja yang terbaik.



3. DATUK WIRA DR HAJI AMEER ALI ( USAHAWAN RUNCIT TEMPATAN )

Pasaraya borong MYDIN. Sebut sahaja nama Mydin, semua masyarakat di Malaysia tahu tentangnya. Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-lebih lagi, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.

Latar Belakang Dato' Haji Ameer Ali:

  • Nama: Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
  • Tarikh Lahir: 4 Jun 1956
  • Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
  • Jawatan : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
  • Pendidikan: Masters; International Business, Sonoma State University di California.
  • Pengalaman: berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)

     Secara kesimpulan daripada pengenalan syarikat Mydin ini, saya dapati, pelbagai usaha dan cara yang dilakukan oleh pengasas dan peneraju terkini syarikat ini untuk terus maju. Ciri-ciri utama yang diterapkan oleh tokoh Mydin ini ialah:
  • Punctuality (ketepatan masa)
  • Disiplin
  • Berjimat
  • Kuat bekerja
  • Sentiasa berubah (mengikut trend semasa)
Dato' Haji Ameer turut memberitahu bahawa bapanya sangat kuat bekerja sehinggakan orang sentiasa melihat bapanya berada di kedai berbanding di rumah. Andai beliau tiada di kedai, pasti beliau berada di hospital.


4. A'TIKAH ASH'ARI ( USAHAWAN HIJAB )

     Jenama hijab "Radiusite" sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan suaminya Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari ramai. Oleh kerana rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah, ini menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

     Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di tahun ketiga. Ika mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

     Oleh kerana dulu tiada banyak pesaing dalam perniagaan tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk berjaya. Beliau mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan masalah penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, Radiusite semakin digemari dan dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009, beliau ingin terus melebarkan nama Radiusite dan tidak mahu terikat dengan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Mahupun begitu, ini menimbulkan rasa kurang senang kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun, beliau tekad untuk teruskan perniagaan.

     Akhirnya, dengan bekalan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar Radiusite dan berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini Radiusite mempunyai 3 cawangan; Rawang, Shah Alam dan Johor Bharu. Menurut temubual Ika bersama wartawan buku NONA, Ika akan membuka cawangan keempat di Kuala Lumpur, berhadapan dengan Hotel Shangri-La.

     Selain itu juga, Ika menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik "Dreemika" di Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.

Latar Belakang Ika:


  • Nama : A'tikah Ash'ari
  • Asal   : Sungai Choh, Rawang
  • Umur : 28 Tahun
  • Tahun lahir : 1987
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UiTM Shah Alam)


Salah Sebuah Butik Radiusite



5. HAJI ISMAIL GROUP ( HiG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD )

     Sebut sahaja tentang Pulau Langkawi, Kedah pasti semua akan familiar dengan nama Haji Ismail. Tidak sah kalau pergi Langkawi tidak singgah di gedung HiG. HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah diperbadankan secara rasmi pada 16 Nov 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. HiG ini mempunyai 3 anak syarikat dan 1 syarikat berkaitan pengarah.


Anak - Anak Syarikat :

1. Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd (678246 M)

2. HiG Property Sdn Bhd (712562 X)

3. HiG Travel & Tours Sdn Bhd (886326 W)

4. Perniagaan Haji Ismail Sdn Bhd (378521 D)


HiG Mempunyai 8 Orang Pemegang Saham Yang Terdiri Daripada Ahli Keluarga Haji Ismail Bin Ahmad :

1. Haji Azizan bin Haji Ismail (Pengerusi Eksekutif Kumpulan)

2. Haji Abu Bakar bin Haji Ismail (Pengarah Urusan)

3. Aziz bin Hji Ismail (Pengarah Eksekutif Logistik/ Warehaouse)

4. Rosna bin Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Admin/HR)

5. Roslee bin Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Pemasaran)

6. Rosni binti Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Admin/HR)

7. Noor Hafiza binti Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Kewangan)

8. Yah binti Othman (Pemegang saham)


Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk mengurus perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat berjalan dengan lancar dan seiring dengan misi syarikat. 

Misi: Menjadi sebuah syarikat berdaya saing di peringkat global, dan memastikan HiG menjadi satu syarikat penjenamaan Melayu yang disegani.

Visi: Menjadi satu kumpulan syarikat bumiputera terunggul dan berinovatif.



Hotel HiG


Kompleks HiG


Semoga Bermanfaat !


Rujukan :

Farah. Usahawan - Usahawan Berjaya Di Malaysia. Diambil daripada Blogspot: http://farahwahida07.blogspot.com/p/usahawan-usahawan-berjaya-di-malaysia.html












Friday, November 06, 2020 No comments

 



Kalini kita bercerita tentang ciri-ciri seseorang usahawan pula, usahawan memerlukan ciri-ciri seperti tidak mudah berputus asa, bijak menyelesaikan masalah, proaktif, kecekapan masa dan berpandangan jauh. Ciri-ciri inilah yang menjadikan seseorang individu usahawan itu berjaya dalam perniagaannya kerana ia dapat menghasilkan sebuah perniagaan yang berkualiti dan dipercayai. Maka,


APAKAH CIRI-CIRI SESEORANG USAHAWAN ?


1. TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

" Masalah yang sering timbul di awal perniagaan adalah modal, pelanggan dan persaingan yang sedia ada. Dalam menghadapi kesulitan ataupun masalah, seseorang usahawan tersebut mestilah tidak cepat berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah dia bersiapkan diri untuk membuka mata, telinga serta pemikirannya. Hal ini kerana, dengan membuka mata, usahawan tersebut akan dapat melihat peluang lain yang mungkin akan timbul.

Seterusnya dengan memasang telinga serta membuka pemikirannya akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah. Misalnya dengan membuka telinga, kita akan mendengar nasihat - nasihat berguna daripada golongan tertentu seperti keluarga, kawan-kawan, dan insan-insan tersayang, manakala dengan membuka pemikiran pula, usahawan perlulah bijak untuk menyelamatkan perniagaan dengan berfikir di luar kotak, kreatif dan berinovatif. Perkara ini, hendaklah diterapkan di dalam jiwa dan hati usahawan agar mereka mempunyai sikap yang tidak mudah berputus asa demi menyelamatkan perniagaan mereka. "


2. BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH

" Masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugian dan muflis. Hal ini kerana, perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan yang memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak bijak mengambil peluang.

Perkara ini dilihat sebagai mana seorang usahawan yang mengalami masalah di awal perniagaannya tidak berputus asa dan cuba memikirkan pendekatan lain yang memberikannya keuntungan dengan melihat peluang-peluang perniagaan di tempat lain. Kesimpulannya, setiap masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan, kita hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan bukan dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. "


3. PROAKTIF

" Proaktif merupakan keyakinan diri bahawa sumber segala perilaku adalah terletak pada diri manusia itu sendiri. Seseorang yang proaktif selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif tidak akan menunggu peluang datang, mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja. Mereka bertindak secara inisiatif terhadap peluang pasaran dengan membentuk sesuatu persekitaran baru. Dengan ini, firma yang dimiliki oleh usahawan yang proaktif itu akan menjadi pemimpin dalam pasaran, dan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.

Usahawan yang proaktif akan berusaha mencari maklum balas daripada pelanggannya, dan bukan sekadar menunggu pelanggannya datang membuat aduan. Apabila mendapat aduan, mereka akan bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan hati yang tenang, berusaha membaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencapai kejayaan dalam perniagaan. "


4. KECEKAPAN MASA

" Kecekapan masa dikaitkan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan untuk berjaya. Seseorang usahawan haruslah menjalankan sesuatu tugas atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati masa. Ada juga yang mendefinisikan kecekapan masa sebagai kecekapan usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikuti permintaan semasa yang tinggi. Contohnya dengan mempromosikan produk jualan di Tiktok, Whatsapp, Facebook, Instagram dan pelbagai laman sosial yang lain. Usahawan perlu pandai menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan. "


5. BERPANDANGAN JAUH

" Berpandangan jauh boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata. " 

Semoga Bermanfaat !


Rujukan :

ShahriZat. (2020, April 15). 5 Ciri - Ciri Usahawan Berjaya. Diambil daripada Lernify.com: https://lernify.com/5-ciri-ciri-usahawan-berjaya/


Friday, November 06, 2020 No comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Hari ini Ary akan cerita tentang definisi keusahawanan dan usahawan. Usahawan ini tidak semestinya tumpu kepada orang yang membuka perniagaan sahaja, boleh jadi orang yang bekerja separuh masa seperti jadi dropship kepada sesuatu perniagaan pun dianggap sebagai usahawan. Jadi, 

APA YANG DIMAKSUDKAN KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN ?

     Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keusahawanan merujuk kepada segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan kemahiran usahawan. Ia juga merupakan suatu proses mencipta sesuatu yang baru menggunakan kreativiti diri dan berbeza ( inovatif ) berbanding idea orang lain bagi mencipta keuntungan pada usahawan tersebut. Keusahawanan ini dapat dilakukan dengan mereka idea, penyusunan sumber dan tindakan untuk melaksanakannya.

  Usahawan pula merujuk kepada individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan dengan mengamalkan amalan-amalan strategik agar matlamatnya berjaya. Usahawan juga akan sentiasa mencari jalan dan peluang, menggabungkan keperluan sumber-sumber dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memajukan perniagaan bagi mencapai kejayaan. Kamus Webster’s New World menyatakan usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko demi keuntungan.

     Kesimpulannya, terdapat pelbagai definisi yang luas bagi istilah keusahawanan dan usahawan. Definisi keusahawanan iaitu proses, usahawan, inovasi, mewujudkan organisasi, penciptaan nilai, keuntungan atau bukan keuntungan, pertumbuhan dan keunikan mestilah berada dalam diri seseorang usahawan agar perniagaannnya dapat melangkah dengan maju sehingga terkenal di persada dunia.

Semoga bermanfaat !



Rujukan :

Apa Itu Keusahawanan Dan Usahawan ? (2016, November 21). Diambil daripada Wordpress: https://entrepreneursgirl.wordpress.com/2016/11/21/apa-itu-keusahawanan-usahawan/


Friday, November 06, 2020 No comments

About me

About Me


Merupakan seorang guru pelatih dari


IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Blog ini dicipta untuk mengongsikan ilmu keusahawanan ♡

Follow Us

Labels

Ciri - Ciri Maksud Tokoh

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (3)
    • ▼  November (3)
      • TOKOH USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA
      • CIRI - CIRI SEORANG USAHAWAN
      • MAKSUD KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates